Perth
merupakan ibu negeri bagi Western Australia. Ia terletak di seblah
barat Australia dan mengambil masa selama 5jam dari Kuala Lumpur. Perth
merupakam bandar ke-4 terbesar di Australia. Selesai urusan imigresan,
Pak Henry (kawan pak Jubaidi) datang jemput kami di airport.
Alhamdulillah segala urusan di imigresan berjalan dengan sangat lancar.
Kami teruskan perjalanan ke Karlgarin (untuk ke Wave Rock) dan bermalam di sini. Wave Rock
terletak sejauh 340km atau lebih kurang 4 jam memandu ke Timur Perth
melalui Great Eastern Highway. Setiap sejam sepanjang perjalanan, boleh
jumpa 3 atau 4 buah kereta je yang melalui highway tersebut.
Bilik
yang kami stay di Tressie's Museum & Caravan Park. Ada 2 katil,
almari, meja solek, heater, & free parking. Sangat selesa dan
berpatutan (60aud/room).
Caravan Park ni dilengkapi dengan dapur & perkakas memasak.
Ni gambar depan bilik tidur & sekitar halaman. Ada juga yang stay dalam caravan.
Sebelah
caravan park ni, ada ladang besar yang penuh dengan kambing biri-biri
(tak sempat nak kejar sheeps tersebuat untuk bergambar). Suasana dekat
sini sangat sejuk,nyaman & tenang.
Entrance Tressie's Museum & Caravan Park
Basikal-basikal tua ni la kononnya museum yang ada dekat sini.
Keesokannya, kami teruskan perjalanan ke Wave Rock
yang terletak di Hyden (15 minit dari Karlgarin). Entrance fee adalah
free of charge. Just bayar AUD10/vehicle. Dipanggil Wave Rock disebabkan
oleh pembentukan batu & corak yang menyerupai ombak laut. Kalau
diperhatikan betul-betul, memang macam ombak pon. Tempat ni sangat
cantik & worth it la datang jauh-jauh.
Lompat jangan tak lompat
Korang nak pose macam mana pon no problem sebab tak ramai orang dekat situ.
Family pose pon boleh
Ok
ni view dari atas Wave Rock tu tadi. Boleh nampak betapa bandar Hyden
ni kurang penduduk. Korang harus memanjat la sikit untuk nak ke sini.
Tak
jauh dari situ ada Hyppo Yawn (mulut hyppo ternganga) & juga tasik
empangan. Sila bawa sunglasses ye. Even sejuk, tapi cahaya matahari
terik
Di
sebelah tasik empangan tu, disediakan tangga untuk sampai ke atas batu
wave rock ni. So, korang boleh choose nak guna tangga or nak memanjat.
Then,kami teruskan perjalanan ke Katanning dan singgah di pekan kecil Wickepin
untuk lunch. Sepanjang perjalanan dari Hyden-Katanning-Albany, di
sebelah kanan dan kiri kami disajikan dengan view ladang gandum yang
sangat cantik di mana dalamnya ada Canola flower. Bunga yang berwarna
kuning macam highlihter tu sangat memukau.
Menurut orang sana, Canola flower ni muncul pada spring season only.
Ada banyak biri-biri gemuk di dalam ladang gandum sebab biri-biri
tersebut makan debunga Canola ni.
Ladang
gandum & Canola flower. Kalau bernasib baik, korang boleh minta
izin dengan owner ladang tersebut untuk bergambar di dalam ladang.
Memang superb!!!
Kami berhenti lunch di pekan Wickepin. Terdapat kemudahan toilet berhampiran dekat situ
.
Ada kedai-kedai kecil & juga post office
Yang suka mengumpul postcard, korang boleh dapatkan di kedai hampir di situ. Setelah 2 jam perjalanan, kami tiba di bandar Katanning.
Bandar ni merupakan bandar yang mempunyai 300 penduduk yang beragama
Islam. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk solat Zuhur & Asar
di Masjid Katanning.
Menurut penduduk di sini, hampir setiap tahun ada pelancong dari
Malaysia ke sini pada Hari Raya Korban untuk merasai pengalaman
melakukan korban biri-biri di sini.
Di hadapan masjid
Bersama
Imam Masjid Katanning. Menurut Iman tersbut, azan hanya dilaungkan di
dalam masjid sahaja kerana dikhuatiri mengganggu penduduk yang beragama
lain.
Selesai solat, kami teruskan perjalanan ke Albany
melalui Great Southern Highway yang mengambil masa selama 2 jam. So,
sampai di sini dahulu entry kali ni. Next entry, aku cerita tentang
Albany dan juga Busselton Jetty.
No comments:
Post a Comment