Saturday, 4 March 2017

Eksploitasi Western Australia-Perth (part 4): Perth CBD, Fremantle, E-shed Market, Caversham Wildlife Park


Eksploitasi Western Australia-Perth (part 4): Perth CBD, Fremantle, E-shed Market, Caversham Wildlife Park


Ni adalah penginapan kami dekat Perth City, di homestay Pak Jubaidi dengan harga AUD 120/night. Homestay ni adalah rumah kepada Pak Henry (kawan Pak Jubaidi) yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan segala jenis perkakas rumah. Tuan rumah menginap sekali dengan kami tapi bagi aku, tiada masalah sebab 2 bilik yang disediakan tu dah cukup selesa untuk kami berlima. Apa yang best, rezeki kami dapat dinner meals free of charge. Memang super duper sedap tatkala dah banyak hari tak makan makanan Malaysia kan. Dan kami sempat juga laundry baju. So, homestay Pak Jubaidi  ni  sangat recommended sebab price covered dengan free dinner & laundry (pandai-pandai la korang negotiate dengan Pak Jubaidi ye) .



0IMG-20160904-WA0018.jpg
Dari kanan: Pak Henry (owner homestay), Pak Jubaidi dan Pak mertua aku. Heheh

IMG-20160710-WA0025.jpg

Dapur dan juga living hall


IMG-20161225-WA0039.jpg

Hidangan makan malam kami yang disediakan isteri Pak Henry. Malam seterusnya, nasi ayam. Memang terbaikk..


DSC_6190.JPG

Di hadapan homestay Pak Henry. Dua dari kiri adalah wife beliau


Jelajah hari ketiga adalah Fremantle dan kawasan sekitarnya.  Ia dikenali sebagai bandar pelabuhan nelayan dan terkenal dengan Fish N Chipnya. View di sini pon cantik disebabkan langit yang membiru. Oh ha, semasa di Perth korang boleh bandingkan kecantikkan langit pada waktu siang dan malam. Pada siang, langit kebanyakan biru tanpa awan putih dan pada malamnya, bintang-bintang pula banyak bertaburan.


IMG-20170103-WA0037.jpg
Ha cantik kan. Ni gambar di Fremantle
IMG-20170103-WA0092.jpg


IMG-20161225-WA0035.jpg

Di sekitar Fremantle


IMG-20170103-WA0071.jpgIMG-20161225-WA0032.jpg

Ferris wheel tepi laut. Untuk ke sini,  korang boleh juga menaiki train dari Perth CBD ke stesen Fremantle.


IMG-20170103-WA0036.jpg

Joe’s Flash Shack. Owh, husbend aku buka restaurant rupanya dekat sini.
Tidak jauh dari situ, kami berhasrat untuk makan di Kaili’s Fish N Chip (halal). Tapi, disebabkan kedai tersebut mula beroperasi pada pukul 9.30 pagi, kami membatalkan hasrat tersebut kerana bergegas untuk ke tempat lain pula.

IMG-20170103-WA0091.jpgIMG-20170103-WA0089.jpg
Makanan seafood lain pon banyak. Bolehlah cuba

IMG-20170103-WA0070.jpg
Salah satu tempat wajib korang pergi tak jauh dari sini adalah Fremantle Market yang menjual barangan seni, cenderamata, sayur-sayuran dan buah-buahan. Market ni dibuka dari hari Jumaat-Ahad, pada pukul 9 am-6 pm sahaja. Jadi kena rancang perjalanan betul-betul kalau korang rasa nak melawat Fremantle Market ni. Buah-buahan dijual di sini sangat fresh  dan murah. Kalau korang nak murah lagi, boleh pergi time market nak tutup (5.30 pm). Memang semua buah dan sayur dilelong dengan harga yang sangat awesome!!



IMG-20170103-WA0075.jpg
Di hadapan entrance Fremantle market
IMG-20170103-WA0082.jpg

Betul-betul bersebelahan entrance, ada sebuah kedai makan untuk Malaysian. Aku sempat tengok menu yang dijual adalah nasi lemak dan roti canai.


IMG-20170103-WA0074.jpg
Di dalam Fremantle market
IMG-20161225-WA0031.jpg
Macam pasar di Malaysia cuma lebih bersih dan kering

IMG-20160908-WA0033.jpg

Strawberry yang gebu-gebas ni korang boleh dapat dengan harga 4AUD/pack


IMG-20160906-WA0033.jpg

Dalam Fremantle Market ini, ada juga jual cheese. Tapi, kami tak beli sebab risau tak halal


Selesai membeli, kami menuju ke E-Shed Market yang terletak di belakang stesen Fremantle. Jauh tak jauh kami naik kereta juga la. Di sini adalah tempat untuk membeli souvenir seperti t-shirt, keychain,  fridge magnet, koala & kangaroo bear dan bermacam-macam lagi dengan harga yang cukup murah. Terdapat banyak pilihan kedai dalam ni tapi kami pilih kedai Megabes (owned by Singaporean) as recommended by many people. Ternyata harga di kedai ni memang terbaiikkk. Korang boleh tawar-menawar kalau nak lagi murah dan time nak bayar, owner tu siap bagi discount lagi. Oh ya, E-shed juga hanya dibuka pada hujung minggu.



IMG-20160902-WA0013.jpg
Rambang mata nak pilih yang mana


IMG-20160904-WA0016.jpg
Ni antara semua souvenir yang aku beli sepanjang di Perth. Yang di E-shed Market, aku grab t-shirt,fridge magnet, keychain dan mug di sini
IMG-20160906-WA0072.jpg

Ni la suasana dalam E-shed. Ramai juga orang Malaysia shopping di sini.


Mood shopping tak terhenti di situ je. Kami ke Big W Belmont yang merupakan sebuah pasaraya. Korang boleh shopping di sini tapi aku tak recommend sebab the same thing korang boeh dapat dekat Harbour Town dengan harga yang lagi murah. Aku ke sini purposely nak beli Corelle dan Cadbury chocolate (flavor tak de dekat Malaysia) yang berganda murah dari price Malaysia even dekat Langkawi. 1 set (16 pieces) Corelle (gambar di atas) ni korang boleh dapat harga AUD 59 je okayyy. Murah kan kan kan..


Hampir jam 1.00 petang, kami bergegas ke Carversham Wildlife Park yang merupakan taman haiwan di mana kita berpeluang untuk berinteraksi secara dekat (up close and personal) dengan haiwan-haiwan yang ada.  Tak lengkap la kalau datang ke bumi kangaroo tapi tak melawat tuan rumah kan. Basically, wildlife ni start open pkul 9.00am-5.30pm. Korang boleh check dekat pamphlet show time untuk feeding kangaroo, meet wombat, meet koalas, molly farm and so on. Make sure korang tak miss any show yang disediakan.

Kawasan parking sini pun luas dan percuma. Oh yes. Untuk harga tiket, AUD 28 untuk dewasa manakala AUD 12 untuk kanak-kanak termasuk dengan makanan yang disediakan untuk animal feeding. Tempat pertama yang kami tuju mestilah Meet The Koalas yang tercomel ni. Tapi feveret activities koala ni tidur, makan, tidur. Korang harus beratur and tunggu turn ye untuk bergambar sebab hanya ada tiga koalas yang dibenarkan untuk didekati.  Ok, jom layan gambar.

IMG-20160903-WA0035.jpg
Ni koalas yang kami beratur tu. Memang comel macam teddy bear okay.


IMG-20160903-WA0036.jpg


koala.jpg


DSC_6200.JPG
Selain koalas yang boleh didekati, ada juga beberapa koalas yang diletakkan di dalam sangkar. Tapi, kebanyakan koalas ni tidur je semua.
Kemudian, kami ke Molly’s Farm pula untuk menjadi melihat persembahan Farm Show. Di sini, mereka mencukur buku kambing biri-biri dengan sangat cekap, memukul cameti untuk menarik perhatian haiwan peliharaan, dan memerah susu lembu.


DSC_6203.JPG

.IMG-20161225-WA0027.jpg
Ni la kambing biri-biri sebelum dicukur bulunya

IMG-20160908-WA0029.jpg
Yang ni pula selepas dicukur bulu.

Selepas tamat Farm Show, kami melwat pula Wombat and Friends. Wombat ni antara jenis haiwan marsupial hanya di Australia katanya. Actually aku memang tak pernah imagine macam mana rupa wombat ni..hahha. Baru tau ada binatang nama wombat.

20160903_155110.jpg

20160903_155550.jpg

Selain wombat, ada juga haiwan lain seperti burung kakak tua, burung hantu, cockatoo dan ular. Korang kena beratur untuk pegang or ambil gambar.

Then, kami bergegas untuk Feeding Kangaroo pula. First time dapat tengok and pegang kangaroo, memang excited. Semua pon jinak-jinak. Makanan untuk kangaroo ni sudah disediakan oleh pihak zoo.  

20160903_161015.jpg

Ada di antara kangaroo ni yang ada baby dalam kantung. Memang comel..hehe

DSC_6211.JPG
Kebanyakan mereka ni dah kekenyangan. So, kadang-kadang dorang buat tak layan je dengan makanan yang korang suap.


IMG-20160906-WA0071.jpg

Seronok juga masuk alam wildlife park ni. Overall, aku berpuas hati masuk dan melawat ke sini. Dah penat and puas bermain dengan haiwan-haiwan tersebut, kami teruskan perjalanan ke North WA.

No comments:

Post a Comment