TIPS KE PERTH
1) Musim/ cadangan masa
Aku dan family in law ke sana pada awal September 2016 (spring). Cuaca & temperature yang dingin (8-18°C). So tak panas dan tak sejuk sangat. Temperature berubah mengikut siang or malam (sangat sejuk) dan juga kawasan city or luar dari city.
Minima 8 hari untuk melawat tempat-tempat menarik di seluruh Perth.
2) Preparation
Segala jenis hotel, transport, dan makanan aku dah booking dan prepare awal-awal di Malaysia supaya bila sampai sana, kami tak buang masa.
i)Booking transport
Aku booked dengan Pak Jubaidi (Indonesian) yang sudah menetap dekat sana sangat lama. Servis terbaikkkkkk sebab dalam banyak-banyak company kereta dekat Perth, price yang Pak Jubaidi offered paling murah. Aku booked kereta Camry (5 seat) dengan harga 50 AUD sehari (dah covered semua dengan broken insurance, GPS, car pick up & return dekat airport & free child seat). GPS sangat penting bagi yang ingin berjalan jauh dari bandar sebab google map dah tak dapat line. Bagi yang bawa anak-anak kecil dan toddler, Aussie wajibkan untuk duduk dalam car seat ye tuan-tuan & puan-puan. Kalau kena tahan polis, kena bayar saman dalam AUD.
ii) Booking Hotel/homestay
Setiap malam selama seminggu di sana, kami tukar hotel setiap malam sebab perjalanan jauh-jauh dan banyak tempat yang nak dilawati. Aku booked semua hotel through Trivago/Agoda/Booking.com/BnB/Traveloka/email owner hotel tu sendiri.
Tips: 1)Sila jujur time booking ye let say kau booked untuk 2 orang, once smpy sana muncul 5 orang-owner akan charge lg mahal.
2)Aku suka contact owner tu sendiri sebab senang nak minta discount compared dengan through agen.
Ni senarai hotel/homestay yg kami stay:
-Tressie's Museum & Caravan Park, Karlgarin
-Albany Holiday Units
-Cervantes Holiday Homes
-Homestay Pak Jubaidi (included free dinner)- aku bodek Pak Jubaidi dan dapat free of charge for 1 night stay..hihi..so very recommended
(next time aku kongsikan macam mana aku dapat free of charge 7 mlm stay dekat Seoul, Korea untuk 1 person).
iii) Makanan
Kami bawa makanan dari Malaysia sebab tempat yang nak lawati jauh dari City. So, dah expect memang susah nak cari makanan Halal. Boleh refer makanan yang aku bawa untuk 5 orang selama seminggu dekat sana. Ni pon tak cukup dan kami ada topup beli roti, ayam dan telur dekat pasaraya Coles/Woolworth di Perth city.
iv) Visa & insurance
Australia wajibkan visa ye untuk masuk ke negaranya. Aku apply dengan http://www.postcardasia.com.my or email kepada eta.australia@yahoo.com dengan harga serendah RM 20 seorang. Ni contoh rupe Visa tu ye:
Insurance pula aku ambil time booking tiket AirAsia (RM 50) each person. Insurance ni dah covered sepanjang perjalanan kita dekat country tu. Aku suggest korang ambil dengan personal trusted agen ni Mohd Syafiq & Mohd Akmal. Super duper murah travel insurance yang dorang offer.
v)Food & Medicine Declaration
Australia or New Zealand is very proud of its "STRICTEST QUARANTINE LAW IN THE WORLD". So, bukan sebarang makanan yang boleh bawa masuk country dorang ye. Segala product tenusu, cheese, roti, tak boleh bawa. Sebaiknya, please declare everyting yang korang bawa supaya senang urusan di imigresen nanti. Ni contoh yang aku buat:
Food
|
Medicine
|
Nasi Berahims
|
Paracetamol
|
Spaggeti
|
Pil chekatoin
|
Milo
|
Stevia
|
Nescafe
|
Cetrizine
|
Nasi impit
|
Oral rehydration salt
|
Sambal ikan bilis
|
Ranitidine
|
3) Tempat lawatan
Terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Kami memilih tempat-tempat yang mempunyai scenery and view yang cantik.
Antaranya:
a) Wave Rock, Hyden
b) Karlgarin
c) Katanning
d) Albany
e) Busselton Jetty
f) Caversham Wild Life
g) Nambung National Park
h) Lancelin Sand Dunes
Ni roadway sepanjang dekat sana +- 2000 km.
Assalammualsikum..boleh email sy full itenary & contact number pak jubaidi..email sy:sezuka26@gmail.com
ReplyDeleteTrima kasih.
Salam sis, milo 3 in 1 boleh bawa? Sbb saya baca blog lain kebanyakannya tak boleh.
ReplyDeleteMenarik... bleh share full itenary... email saya : azizah_aiyob@yahoo.com
ReplyDelete