Saturday, 4 March 2017

Eksploitasi Western Australia-Perth (part 3): Albany Wind Farm, Natural Bridge & Gap, Busselton Jetty

Eksploitasi Western Australia-Perth (part 3): Albany Wind Farm,  Natural Bridge & Gap, Busselton Jetty

Di Albany, kami menginap di Albany Holiday Unit dengan harga AUD 190/night/unit. Homestay ni konsep macam apartment sebab dilengkapi dengan 2 bilik tidur (6 katil), dapur memasak, fridge, tandas, bilik mandi  dan ruang tamu.

DSC_6065.JPG
Hadapan homestay kami

IMG-20160906-WA0052.jpg

IMG-20161225-WA0066.jpgIMG-20161219-WA0025.jpg

Perkakas memasak lengkap.So, memang senang untuk memasak

IMG-20161225-WA0069.jpgIMG-20161219-WA0027.jpg
Bilik tidur 1 dan 2

IMG-20161225-WA0068.jpg

Ni breakfast & lunch untuk arini. Lagi mewah dari makan dekat Malaysia kan..hahaha


Plan hari ni adalah ke Albany Wind Farm , The Gap & Natural Bridge seterusnya teruskan perjalanan ke Busselton Jetty. Bagi aku, keistimewaan Albany terletak pada kecantikan dan kedamaian pemandangannya. Di sini, pemandangannya sangat cantik dan sangat berbaloi untuk korang lawati.   

Albany Wind Farm adalah ladang kincir angin terbesar di Australia. Tempat ni dibuka untuk public dan bayaran masuk adalah percuma. Ada 12 kincir angin semuanya untuk membantu membekalkan 80% tenaga elektrik yang diperlukan di Albany.


IMG-20160906-WA0051.jpg

Ada beberapa lookout point untuk tengok semua wind mill tu. Korang kena menapak and cari lookout point yang menarik.

DSC_6087.JPG

Ni adalah 1st lookout point yang korang boleh nampak kesemua 12 kincir angin tersebut. Ha boleh kira kan ada berapa semuanya?


DSC_6082.JPG




DSC_6101.JPG
IMG-20160911-WA0053.jpg
Harus ber jalan dan exercise la sikit ye. Korang boleh follow route track yang disediakan

DSC_6109.JPG

Angin sangat kuat di sini. So, memang sejuk. Kami jumpa lookout point yang paling cantik di sini sebab boleh nampak kincir angin dan juga merasai desiran ombak yang kuat.


DSC_6111.JPG

Kalau kurus meleding, boleh terpelanting agaknya..hahaha

IMG-20161225-WA0081.jpg

Kalau korang perasan jalan tanah tu adalah laluan untuk kereta ke kincir angin. Kincir angin tu sangat besar. So, bagi aku tak perlulah korang berdiri betul-betul bawah kincir tersebut sebab tak kan nampak pon view yang cantik. Aku recommend, korang cari lookout point yang boleh nampak view laut dan juga kesemua kincir angin tersebut. Bagi yang bawa dron, tak boleh terbang tinggi  sebab angin di sini terlalu kuat.


Kami spent masa di sini memang lama sebab view superb macam ni susah nak dapat di mana-mana. Then, kami teruskan perjalanan ke Torndirrup National Park pula untuk tengok Natural Bridge and Gap yang terletak 15 minit dari Wind Farm tadi. Bayaran masuk ke Natural Bridge ni adalah 12 AUD/vehicle.


DSC_6136.JPG

The Gap adalah jurang sedalam 24 meter ke permukaan laut. Airnya boleh menghempas kuat dan percikannya boleh sampai ke atas. Sila berhati-hati ye.


DSC_6134.JPG

Ada laluan yang telah disediakan. Korang boleh follow sepanjang laluan tersebut for safety purpose

DSC_6119.JPG

Jangan panjat batu bata ni ye. Takot licin dan tergelongsor. Sila ikut laluan yang disediakan

DSC_6153.JPG

Ni pula adalah Natural bridge nampak macam bentuk jambatan kan? Bridge ni tercipta dari kuasa ombak dari Southern Ocean yang mencipta formasi batuan berbentuk jambatan.

IMG-20161225-WA0025.jpg

Kesejukan di sini lebih kurang macam di Wind Farm tadi. So, korang boleh prepare pakaian apa yang sesuai ye.

IMG-20161225-WA0062.jpg

DSC_6159.JPG

Disebabkan hujan, kami terpaksa beredar awal. Kalau diikutkan, banyak lagi scenery view yang boleh diambil


Kemudian, kami teruskan lagi perjalanan ke Busselton Jetty melalui Muirs Highway yang megambil masa selama 4 jam. Bagi aku, view sepanjang perjalanan dari Albany ke Busselton tak secantik view dari Karlgarin ke Albany. Sebabnya, hanya ada pokok-pokok kering dan hutan bakau. Cumanya di pertengahan jalan, ada sebuah sungai berwarna hitam yang aku  tak sure apa namanya sungai tersebut. So very rare la sungai tu. Disebabkan masa dah suntuk, kami tak singgah di Margaret River yang terkenal dengan Chocolate Factory.

Hampir 2 jam perjalanan, kami melalui sebuah pekan kecil iaitu pekan Manjimup tak silap aku la. Seperti biasa, penduduk di pekan ni pon tak ramai tapi apa yang membuatkan kami tertarik untuk singgah adalah disebabkan kecantikan bunga tulip. Ha, pejam celik pejam celik ingatkan dah dekat Amsterdam. Rupanya bukan. haha.
IMG-20161225-WA0061.jpg
Di pekan Manjimup


IMG-20160906-WA0041.jpg
Ha cantik kan???

IMG-20161225-WA0056.jpg

Ni tulip real okay..bukan palsu


Dah puas bergambar, kami teruskan perjalanan ke Busselton yang mengambil masa selama 2 jam lagi. Kami tiba di Busselton Jetty lebih kurang pukul 4.30 petang. Panjang Busselton Jetty ini keseluruhannya ialah 1.8 km. Jeti ini telah di berhentikan fungsinya sebagai pelabuhan pada tahun 1973 dan telah dibangunkan sebagai satu destinasi pelancongan.

Return ticket untuk naik train ialah AUD 8/person untuk dewasa. Bagi  yang nak masuk dan berjalan di sepanjang jeti bayarannya ialah AUD3/person. Agak semputlah juga kalau korang berjalan kaki sepanjang jetty ni. Disebabkan dah hampir lewat petang dan angin kencang, perkhidmatan naik train telah dihentikan pada hari tersebut. Tapi, kami diberi masuk ke jetty ni free of charge. Selain itu ada sebuah ruang di bawah laut untuk melihat batu karang dan hidupan bawah laut yang lain. Bayaran untuk masuk ke underwater observatory ini ialah AUD 32/person.

Tips untuk dapatkan gambar yang cantik, korang wajib sampai di jeti ni sebelum pukul 4.00 petang. Kenapa ye? Sebab langit masih cerah untuk lighting camera dan perkhidmatan train masih dijalankan.

IMG-20161225-WA0041.jpg

Nilah rupanya Busselton Jetty


DSC_6162.JPG

Ha nampak jauh kan? Memang jauh pon nak jalan

DSC_6180.JPG

Tak sempat sampai di penghujung pon dan mengah. So berhenti di sini jelah

IMG-20161225-WA0051.jpg
Ada juga disediakan  teropong untuk korang lihat pemandangan jauh dari jeti ni
IMG-20170103-WA0046.jpg


DSC_6183.JPG
Kami berkesempatan untuk menikmati sunset di sini. Alhamdulillah..


Kami solat di perkarangan halaman parking Jetty tersebut sebabnya tiada surau disediakan di sepanjang perjalanan tadi.  Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke Perth CBD, tempat penginapan seterusnya.  Next entry aku cerita pasal Perth CBD, Fremantle, E-shed Market & Carversham Wildlide Park. See yaa

No comments:

Post a Comment