Eksploitasi Western Australia-Perth (part 5): Cervantes, Pinnacles, Lancelin, Harbour Town
Ni
kediaman kami di Cervantes Holiday Unit. Actually, aku booked dekat
sini sebab recommended by kawan. Rumah ni dilengkapi dengan 3 bilik
tidur (6 single bed), living hall, dapur dan segala perkakas memasak
dengan harga AUD 190/night. Sangat luas dan selesa untuk 10 orang. Yang
tak bestnya, no wifi provided.
Di luar kediaman kami. Parking lot percuma disediakan
First destination di Utara WA ni adalah The Pinnacles yang terletak di Nambung National Park.
Sepanjang perjalanan ke Pinnacles ni, memang banyak kangaroo liar
melintas. So, patuhi had laju dan sila berhati-hati sebab takut-takut
terlanggar, tak pasal kena bayar kerosakan kereta.
Kangaroo liar dengan baby dalam pocket
Apa yang menarik sangat pasal The Pinnacles ni? Ha mestilah sebab desert yang penuh dengan limestone unik tu. Limestone
ni semua telah terbentuk daripada hakisan angin dan air sejak 30,000
tahun dahulu dan membentuk batuan kapur. Time kiteorang sampai pon masih
terasa angin kuat yang membawa pasir-pasir tersebut. Macam-macam betuk
pinnacles yang korang akan jumpa dekat sini. Tempat ni sangat luas dan
korang boleh explore desert ni dengan jalan kaki and make sure korang
follow the treck yang disediakan. Kalau tidak, boleh sesat ok. Jom
discover the desert.
Tempat
ni jugak tempat heaven untuk kaki camera. Sesiapa yang minat dengan
landscape photograpy, yes this is the place. Korang boleh bawak segala
gear korang untuk amek gambar kat sini and stay until sunset. View die
memang tak terkata dengan kata-kata. SubhanALLAH..
Oh
ya! sebelum terlupa, nak masuk Nambung national park ni kena bayar.
Entry fee per car AUD 12 tapi disebabkan kiteorang sampai awal pagi
dekat situ, so tiada orang yang jaga. Rezeki kiteorang lah masuk free.
Ok
rasanya cukup dulu sampai di sini. Actually tour ni tak habis lagi tau
ada satu lagi tempat yang kami pergi before balik Perth semula. Kani
pergi sand boarding dekat Lancelin Sand Dunes. Best sangattttt..
Dari
Pinnacles, kami pun meneruskan perjalanan ke Lancelin. Di sini, ia
terkenal dengan pelancong semata-mata untuk pengalaman Sand Boarding
yang sangat mengujakan. Kami sewa sandboard tu dekat kedai Lucky 7 yang
harga sewaannya paling murah iaitu AUD10 untuk dua jam. Bagi aku, 2 jam
dah cukup untuk korang sand boarding sebab penat nak mendaki sand
tersebut. Entrance fee nak masuk sini FREE. So korang boleh la melepak
main sand boarding and amek gambar puas-puas di sini.
Before
surfing, disarankan untuk gosok permukaan bawah board yang telah
dibekalkan. So bila meluncur, jadi smooth and laju. Tips keselamatan ,
kaki dan tangan korang kena sentiasa berada di dalam board tu sebab
memang laju pon.
Sampai
dekat sand boarding, angin pasir dia kuat juga. So kalau boleh,
pakailah sunglasses untuk elakkan mata korang masuk pasir. Walaupon
angin sejuk menderu-deru, matahari dekat sini terpacak panas.
Hampir
dua jam kami surfing maka tamatlah adventure activities kami dekat
Perth before balik ke Malaysia keesokannya. Even penat gila, but its
really worth it to spend your money for this 1 day tour. Trust me, its
really worth it. Then kami teruskan perjalanan ke Perth city semula
untuk ke Harbour Town dan Chemist Warehouse.
Harbour Town
adalah pasaraya yang menjual barangan berjenama. Kalau dekat Malaysia,
serupa macam JPO la. Terdapat banyak kedai yang menawarkan harga kilang
seperti Fila, Adidas, Cotton On dan Pumpkin Patch. Kalau korang nak beli
handbag product Australia, butik Oronto ada di sini. Secara
peribadinya, aku sangat suka dengan Harbour Town ni sebab aku rasa
barang di sini jauh lagi murah. Di Chemist Warehouse,
kami beli perfume dan juga vitamin. Kedai ni terletak tidak jauh dari
Harbour Town. Kebetulan time tu ada sale, so memang super duper murah
perfume dekat situ. Worth it kalau korang borong perfume ni time sale
la.
Last shopping kami di Souvenier City
yang terletak di 109 Barrack street. Kedai ni dibuka jam 8.30 pagi-9.00
malam. Ni kami nak topup beli souvenier untuk habiskan duit AUD. So,
agak-agak dah tak sempat ke E-Shed Market, korang boleh ke sini
memandangkan kedai ni bukak sampai malam dan pricenya tak semahal kedai
souvinier lain. Tapi still tak boleh compete best price di Megabes!!
Berakhirnya
shopping di Souvinier City, maka berakhirlah trip kami di Western
Australia, Perth. Alhamdulillah segala yang dirancang dalam itinary
dapat diikuti 95% kecuali Blue Boat House dan juga Bell House tak sempat
kami lawati. Overall, Perth adalah sebuah tempat yang mempunyai
keindahan alam semula jadi yang sangat worth untuk dilawati. Jika
diextend 3 atau 4 hari lagi, aku yakin seluruh Western Australia dapat
dijelajahi.
Tips untuk selfdrive:
- Drive ikut speed limit yang ditetapkan. Patuhi papan tanda had laju. GPS pon ada inform speed limit di setiap tempat.
- Ambil gambar keadaan kereta, penanda minyak dan apa-apa kerosakan yang sudah ada sejurus dapat kereta dari owner.
- Tighten your seat belt termasuk penumpang di mana saja berada.
- Jangan sesekali pegang handphone semasa memandu.
- Masukkan exact address untuk ke sesuatu tempat dalam GPS supaya korang tak sesat.
- Petrol di bandar jauh lebih murah berbanding di luar bandar. Harga petrol untuk setiap hari juga berubah-ubah antara lain-lain petrol.
- Sediakan coins secukupnya untuk parking. Tiada pemulangan baki.
- Untuk penjimatan, parking di satu tempat untuk beberapa tempat yang berdekatan.
- Masa peruntukan yang ditetapkan untuk ke suatu tempat di Google map adalah sangat tepat. So korang boleh plan masa dalam itinery based on google map.
Untuk previous entry boleh refer sini:
Travelog Perth Day 2, pick up kereta sewa di Aries Car Rental